Pages

Thursday, December 29, 2011

Mesyuarat Awal Tahun Sesi Persekolahan 2012

Tarikh : 28.12.2011
Tempat : Bilik Gerakan SK (LKTP) Triang 3
Masa : 8.30 pagi

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog sekolah kami...

Hari ini, bermulalah lembaran baru bagi sesi 2012 untuk semua guru SK (LKTP) Triang 3. Kami semua telah memulakannya dengan sesi Mesyuarat Awal tahun pada pagi 28.12.2011. Moga segala perkongsian maklumat dapat memajukan sekolah yang tercinta ini...Insyaallah...Amin.


Monday, October 17, 2011

Visi dan Misi Sekolah

VISI SEKOLAH KAMI


SK (LKTP) TRIANG 3 MENJADI

SEKOLAH CEMERLANG DAERAH BERA

MENJELANG TAHUN 2013


MISI SEKOLAH KAMI

1. Kecemerlangan pelajar dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah.

2. Sekolah sebagai tempat dan ruang yang kondusif untuk menerima Pendidikan.

3. Guru Besar sebagai pemimpin Pendidikan yang berkesan.

4.Guru sebagai pendidik yang profesional dan berketrampilan.



PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH KAMI


1. Memastikan sistem Pendidikan berjalan dengan baik bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan Negara serta mencapai wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Negara.

2.
Memastikan semua pelajar lepasan sekolah in berilmu pengetahuan, beriman dan beramal, berakhlak mulia dan berdisiplin.


3.
Menyediakan guru-guru yang berdedikasi, komited, berdisiplin,
bertanggungjawab,
produktif dan inovatif.


4.
Memastikan sentiasa memberikan layanan mesra serta
perkhidmatan yang cekap dalam segala urusan. 5. Memastikan sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan,syor dan teguran yang membina dari semua pihak untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dan akademik.

Thursday, October 13, 2011

Lokasi SK Triang 3

PETA LOKASI SK (LKTP) TRIANG 3
diambil dari Google Maps Negeri Pahang










Identiti SK Triang 3

LENCANA SEKOLAH KAMI

Maksud lambang yang terdapat pada lencana sekolah kami ialah:

1.BERILMU DAN BERAMAL adalah moto sekolah ini.

2. Gambar buku melambangkan sekolah sebuah gedung pengetahuan.

3. Warna putih dan hitam pada lencana melambangkan warna bendera Negeri Pahang Darul Makmur.

4. Warna Biru melambangkan sebuah institusi pendidikan.

5. Warna Merah melambangkan kesungguhan dan semangat untuk menuntut ilmu.

6. Lima Bulatan melambangkan Semangat kesukanan dan perpaduan.



LAGU SEKOLAH KAMI


Sungguh indah sungguh megah

Sekolahku tercinta

Aman sejahtera sentiasa

Indahnya sekolah kami

Berilmu serta beramal

Menjunjung cita – cita

Mengamal Rukun Negara kita

Asas hidup sejahtera

Marilah kawan kita semua

Tingkatkan kerjasama

Tinggikan mutu harumkan nama

Kita amal bersama

Kita bersama kita membina

Bergerak kita maju

Semoga cemerlang selalu

Sekolah Triang 3

Sekolah Triang 3

Lagu dan lirik: Cikgu Mohd. Johari