Pages

Monday, April 2, 2012

Pelancaran Guru Penyayang

Pada 2 April 2012, pukul 6.30 pagi, semua guru SK (LKTP) Triang 3 telah berkumpul di pintu pagar sekolah bagi menyambut kedatangan murid-murid kami ke sekolah. Ramai murid yang terpingga-pingga dengan sambutan itu. Ibu bapa pula tersipu melihatkan gelagat guru-guru menyambut anak mereka ke sekolah . Begitulah suasana pagi tersebut. Pada masa perhimpunan pagi, barulah Tuan Guru Besar menerangkan akan perkara yang berlaku iaitu Pelancaran "Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah" kepada murid-murid. Murid-murid yang bertuah menyambut hari lahir pada hari tersebut juga diberi hadiah. Sambutan itu bukan berakhir di situ sahaja . Pada masa murid pulang, mereka diiringi ke tangga dan diberikan hadiah berupa penanda buku setiap seorang .








 



No comments:

Post a Comment